Sultan Johor mahu bomba periksa sekolah tahfiz

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. – Foto NSTP/Royal Press Office

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, menitahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi berlaku kebakaran di seluruh Johor.

Tegas baginda ini termasuk madrasah, pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan menengah.

Sultan Johor mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) turut mengambil tindakan segera terhadap mereka yang beroperasi secara haram.

“Jika mereka didapati melanggar peraturan dan undang-undang, pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk tutup premis mereka,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan media rasmi dan komunikasi keluarga diraja Johor, Royal Press Office (RPO), di sini hari ini.

Baginda bertitah, pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen atau permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil.

Sultan Johor bertitah langkah itu bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku di Johor.

Baginda turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran sekolah agama di Kuala Lumpur yang meragut nyawa 23 pelajar dan guru.

“Saya amat sedih dengan tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat. Tragedi itu amat menyayat hati.

“Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa,” titah baginda.

 

Bangunan asrama pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang musnah dalam kebakaran 14.9.17.
 Kejadian tragis yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu mengorbankan 22 pelajar dan dua warden di pusat tahfiz itu pada 5.15 pagi tadi.
- Foto BERNAMA

Senarai mangsa terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz

Berikut senarai nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, di sini pagi tadi.

1. Muhammad Danieal Md Amin, 14

2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13

3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14

4. Muhammad Haikal Abdullah, 12

5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10

6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11

7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11

8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12

9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8

10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan

11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11

12. Umar Al Khatab Helmi, 6

13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11

14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13

15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11

16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10

17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16

18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12

19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13

20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13

21. Muhammad Zattulah Roslan, 11

22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)

23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE